Murid-murid Tahun 4 Mutiara,
Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.
Tip
Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.
NOTA: PENJODOH BILANGAN
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.
penggunaannya.
Penjodoh Bilangan | Penggunaan |
baris | Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya |
batang | Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya |
biji | Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya |
cucuk | Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya |
das | Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam |
ekor | Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya |
gugus | Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya |
ikat | Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya |
jambak | Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya |
keping | Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya |
ketul | Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya |
laras | Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya |
lembar | Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya |
pasang | Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya |
sikat | Untuk pisang |
ulas | Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya |
utas | Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya |
Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (salah) (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (betul) Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. |
2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah) (b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang bernas. (betul) Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. |
3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah) (b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul) Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat. |
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang
2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang
3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar
4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam
5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan
6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji
7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai
8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku
9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk
10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk
11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap
12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah
Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.
Gambar 1
13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji
14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk
15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul
16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai
17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun
Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong
19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah
20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai
21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok
22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah
23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah
24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas
25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam
26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus
27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang
28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das
29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang
30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor
31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir
32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung
33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A sepotong ….. biji
B sehiris ….. ulas
C seketul ….. biji
D sekeping ….. biji
34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
A ulas ….. sikat
B biji ….. tandan
C ikat ….. tandan
D ikat ….. sisir
35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur ….. pintu
B kaki ….. baris
C batang ….. deret
D baris ….. buah
36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut dan memakan __________ sirih.
A seketul ….. sekeping
B segenggam ….. sehelai
C sepotong ….. selembar
D sekepal ….. sekapur
37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang ….. gelung
B sebuah ….. gelung
C sekerat ….. lembar
D sebilah ….. utas
38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris ….. pucuk
B deret ….. kelompok
C batas ….. rumpun
D ikat ….. jambak
39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal
Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan
Selamat Menjawab Semoga Berjaya
Terbaik
ReplyDeleteCekgu, dimana saya bole dapatkan jawapan untuk soalan penjodoh bilangan diatas?
ReplyDeletethanks,blog ni bnyak membantu saya.
thanks tapi ni untuk orang bodoh hahaha untuk saya tapaya
ReplyDeleteKau pandai sangat ke?!!
DeleteApakah penjodoh bilangan bagi mangkuk dan sudu (camca)?
ReplyDeleteterima kasih sebab tunjuk ajar
ReplyDeleteAssalammualaikum, mohon dihalalkan ilmu sy ambil utk mendidik anak murid :) terima kasih
ReplyDeleteApa penjodoh bilangan yang sesuai dengan gunting ?
ReplyDelete