Kata Ganda
Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang
2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang
3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak
C serba-serbih
D compang-camping
4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat
C betul-betul
D terang-benderang
5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.
A bebola
B jejari
C dedaun
D kekabu
6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan
Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil
C terbahak-bahak
D tergelak-gelak
7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.
A berkelip-kelip
B berpinar-pinar
C berderet-deret
D berliku-liku
8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri
9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.
A dedaun
B kekabu
C bebola
D bebiri
10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar
langit itu.
A haru-biru
B keluh-kesah
C kusut-masai
D tunggang-langgang
11 Sereena membalut hadiah itu ___________.
A kemas-kemas
B ketat-ketat
C kuat-kuat
D erat-erat
12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit
13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak
berbalas.
A tercungap-cungap
B terbahak-bahak
C teresak-esak
D tersipu-sipu
14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang
15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
A kekuda
B sesiku
C kekisi
D lelabu
16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
A bersaing-saing
B berbaris-baris
C berluncur-luncur
D berderet-deret
17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.
A dedahan
B pepohon
C dedaun
D reranting
18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.
A jentik-jentik
B pijat-pijat
C anai-anai
D kura-kura
19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
A ulang-alik
B lalu-lalang
C mundar-mandir
D mandi-manda
20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.
A kebiru-biruan
B kemalu-maluan
C keanak-anakan
D kemerah-merahan
21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
A lambat-laun
B sorok-sorok
C senyap-senyap
D sayup-sayup
22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
A kusut-masai
B serba-serbih
C comot-momot
D compang-camping
23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
A bertukar-tukar
B berhujah-hujah
C berbalas-balas
D berganti-ganti
24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah
B lintang-pukang
C kumat-kamit
D lalu-lalang
25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
A huru-hara
B remeh-temeh
C kelam-kabut
D kacau-bilau
26 Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.
A mentah-mentah
B senang-senang
C semua-semua
D betul-betul
27 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
A terkial-kial
B tersekat-sekat
C terhuyung-hayang
D terhincut-hincut
28 Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco.
A berulang-alik
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah
29 Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.
A berkibar-kibar
B meliang-liuk
C bersiar-siar
D membeli-belah
30 Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.
A bergumpal-gumpal
B bersimpul-simpul
C berkepul-kepul
D berketul-ketul
31 Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.
A erat-erat
B dekat-dekat
C betul-betul
D diam-diam
32 Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.
A hangar-bingar
B kucar-kacir
C dolak-dalik
D remeh-temeh
33 Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.
A berketul-ketul
B berbonggol-bonggol
C bergumpal-gumpal
D bersimpul-simpul
34 Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon–calon yang bertanding.
A berhimpit-himpit
B berpusu-pusu
C berebut-rebut
D berbaris-baris
35 Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatan gondol.
A rumput-rampai
B gunung-ganang
C semak-samun
D bukit-bukau
36 Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.
A terketar-ketar
B tergigil-gigil
C termangu-mangu
D terkial-kial
37 Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang ke-14.
A berseri-seri
B berkilau-kilau
C berpinar-pinar
D bersinar-sinar
38 Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.
A berbuai-buai
B berkibar-kibar
C bergoyang-goyang
D bergerak-gerak
39 Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.
A calar-balar
B bengkak-bengkil
C comot-momot
D bengkang-bengkok
40 Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.
A dekat-dekat
B kadang-kadang
C nyaris-nyaris
D hampir-hampir
Selamat Menjawab Semoga Berjaya
Di manakah saya boleh jumpa jawapan soalan di atas
ReplyDeleteDi manakah saya boleh jumpa jawapan soalan di atas
ReplyDelete