Murid-murid Tahun 4 Mutiara,
Sila baca cerita di bawah dan cari LIMA nilai murni atau pengajaran yang anda dapati daripada cerita ini.
KURA-KURA YANG INGIN TERBANG
Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu.
Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa.
Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.
Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik.
Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira.
Moral : Buat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri sendiri
Tahniah kerana berjaya membangunkan blog untuk memajukan bahasa Melayu. Semoga blog yang dibina akan dapat membantu para pelajar.
ReplyDeletepegawai Teknologi Pendidikan.
PKG Parit Buntar.
Terima kasih atas sokongan anda
DeleteTahniah Ros, saya boleh guna blog ini sebab anak bongsu saya darjah 4. Harap-harap blog Ros ini dapat membantu. Terimakasih.
ReplyDelete