Kajian para saintis mendapati amalan minum air
sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini
mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam
penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit
kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang
pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang
dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga
dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan
keberkesanannya.
§ Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari
tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
§ Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan
makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
§ Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum
seperti biasa.
§ Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan
tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
§ Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat
minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh
memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat
sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai
penyakit dalam tempoh tertentu:
§ Tekanan darah tinggi – 30 hari
§ Gastrik – 10 hari
§ Diabetes – 30 hari
§ Sembelit – 10 hari
§ Kanser – 180 hari
§ Tibi – 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti
rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan
sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
Cara Minum Mengikut
Rasulullah S.A.W
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang
dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah
SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu
pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di
dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus
besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus,
menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan
hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam
suatu bekas.
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman
air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul
didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat
untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan
pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu
menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Khasiat Air Liur Basi
§ Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
§ Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
§ Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan
khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.
§ Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya
untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi
dengan orang lain.
§ Cara amalannya pula hanya berkesan jika
seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa
perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.
§ Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam kehidupan harian baginda dan
telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.
§ Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air
putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan
solat subuh setiap pagi.
Wallahu’alam…
No comments:
Post a Comment