Followers
Saturday, 5 May 2012
Microteaching
Murid-murid Tahun 4 Mutiara. Untuk melihat video microteaching kelas 4M sila klik URL di bawah:
Sunday, 29 April 2012
Rancangan Pelajaran Harian
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN -
BAHASA MELAYU TAHUN 4
BAHASA MELAYU TAHUN 4
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN - BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tarikh/Hari: JUMAAT Masa
: 8.40 -9.40 (1 jam)
Kelas: 4
Mutiara Bil
Pelajar : 19 orang
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Tema: Hasil
Tani Meningkatkan Ekonomi
Tajuk: Kelapa
Sawit
Objektif: Pada
akhir pelajaran murid dapat:
1. Membaca
petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
2.
Menyatakan
isi-isi penting teks
3.
Mengenal
pasti maklumat dan menulis nota dalam bentuk grafik
Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid pernah melihat pokok kelapa sawit
ii. Murid mengetahui minyak masak dan
marjerin dihasilkan
daripada kelapa sawit
Konsep: Pokok
kelapa sawit banyak kegunaan kepada manusia
Bahan Gambar
pokok kelapa sawit, gambar barangan daripada kelapa sawit,
marjerin, sabun, minyak masak, lilin, slide
power point, lembaran
kerja,buku teks
Nilai Kebersihan,
patriotisme, bekerjasama
Kemahiran Fokus
utama 6.3 aras 2(i)
Fokus sampingan 9.2 aras 2(i)
Tatabahasa Imbuhan
awalan, imbuhan apitan, perkataan seerti
Kosa kata Isirung,
menggerakkan, diproses, reput, unik, manfaat, pelaksanaan
Ilmu Geografi,
Ekonomi
KBT Kecerdasan
pelbagai- interpersonal
Langkah/Masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|
||
Set
Induksi
5
minit
|
Tema:
Hasil
Tani Meningkatkan Ekonomi
Gambar
dan slaid pokok kelapa sawit
|
1.
Guru meminta murid mencantumkan
jigsaw puzzle dan meneka gambar
2.
Menunjukkan slaid gambar pokok kelapa sawit .
3.
Bersoaljawab dengan murid
tentang gambar yang dilihat
|
1.
Murid mencantumkan gambar dan cuba
meneka gambar yang terhasil.
2.
Melihat gambar.
3.
Menjawab soalan
|
BBM :guntingan gambar,
gambar,
gambar slaid
Teknik
: soal jawab
|
Langkah
1
10
minit
|
Kelapa
Sawit
Petikan
rencana Kelapa Sawit
|
1.
Mendengar dan menilai bacaan
mekanis murid dari segi kelancaran,
sebutan dan intonasi
|
1 Murid membaca petikan teks secara senyap,
beramai-ramai secara kuat dalam kumpulan dan kemudian secara individu dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
|
BBM –
slaid, buku teks
Kaedah
terus
bacaan
mekanis
Teknik
membaca beramai-ramai
|
Langkah
2
20 minit
|
Kelapa
Sawit
1
Mengesan isi-isi penting teks yang
dibaca.
2. Menggariskan
isi penting
3. Menjalankan
aktiviti
perbincangan
dalam
kumpulan.
4.
Mencatat maklumat di dalam kertas.
|
1.
Menyoal murid tentang teks yang
dibaca.
2.
Menunjukkan benda maujud yang dihasilkan
daripada kelapa sawit.
3.
Menayangkan gambar slaid kegunaan
bahagian- bahagian kelapa sawit- isirung,buah, tandan , daun, buah, pelepah,
dan batang.
4.
Menyoal makna perkataan yang bercetak
warna.
5.
Menjelaskan cara mendapatkan maklumat
umum/isi penting daripada teks.
6.
Membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan kecil
7.
Membimbing murid mencatat dan membina
ayat.
|
1.
Murid menjawab soalan yang
dikemukakan.
2.
Murid melihat benda maujud yang
ditunjukkan.
3.
Murid melihat gambar slaid yang
ditayangkan.
4.
Murid mencari makna perkataan
daripada kamus.
5.
Murid menggarisi isi-isi penting teks
6.
Murid menjalankan aktiviti
perbincangan dalam kumpulan untuk mendapatkan maklumat penting daripada teks.
7.
Mencatat maklumat pada kertas yang
disediakan.
|
BBM-
buku teks, kamus
Kaedah
Oral
Aural
Teknik
soal jawab
TMK
Kaedah
terjemahan
Kemahiran
berfikir:
Kreatif
Kemahiran
belajar:
Pemerolehan
maklumat penilaian kendiri
|
Langkah
3
(10
minit)
|
1.
Pembentangan hasil perbincangan
kumpulan
2.
Memberi pendapat
3.
Komen dan ulasan guru
|
4.
Memberi ulasan dan komen terhadap
maklumat yang dilaporkan.
5.
Meminta pendapat daripada murid lain.
|
1
Wakil kumpulan melaporkan maklumat
yang diperolehi.
2
Murid memberi pendapat masing-masing.
|
Kemahiran
berfikir:
Kritis
Teknik:
Perbincangan
Teknik:
Menyampai
kan laporan
|
Langkah
4
(10
minit)
|
1.
Gerakerja bertulis:
-Maksud
perkataan/ sinonim
-Peta
minda
|
1. Memberi latihan
bertulis
– menulis
maksud perkataan
yang berwarna.
2.
Menyuruh murid melengkapkan peta
minda kegunaan bahagian-bahagian kelapa sawit.
3.
Menyuruh murid menulis perkataan yang
mengandungi imbuhan apitan dan akhiran
|
1.
Menulis makna perkataan/sinonim
2.
Melengkapkan peta minda dan mencatat
kegunaan bahagian kelapa sawit
3.
Menulis imbuhan apitan dan akhiran.
|
Lembaran
kerja: Peta minda kegunaan kelapa sawit
|
Penutup
(5
minit)
|
Rumusan
|
Guru
merumuskan isi pelajaran dan membuat kesimpulan.
|
1.
Menyenaraikan pengajaran
yang
diperolehi.
|
|
Refleksi:
Wednesday, 25 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
Peribahasa Melayu dan Simpulan Bahasa
Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat berpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara.
b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
KATA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA
Betulkah penggunaan kata sendi nama anda?
Kata sendi nama merupakan kata depan kata nama. Ia mempuyai pelbagai tugas. Ia juga bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Kata sendi nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi nama supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. Kata sendi nama ini merangkumi ‘ ke’ , ‘sebagai’ , ‘ dalam’ , ‘ di dalam’ , ‘ untuk’ , ‘ antara’ , ‘ bagi’ , ‘hingga’ , ‘ demi’ , ‘ tentang’ dan lain-lain. Walau bagaimanapun , pengguna sering terkeliru semasa menggunakan beberapa kata sendi nama dalam ayat antaranya ‘dari’ , ‘daripada’ , ‘ akan’ , ‘ di ’ dan lain-lain.
Dari: kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa.
SALAH | BETUL |
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu. Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. | Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu. Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh. |
Daripada : kata sendi nama ‘daripada’ digunakan di hadapan kata nama yang menyebut asal sesuatu sama ada manusia ,benda , perkara-perkara yang abstrak dan mempunyai unsur perbandingan atau perbezaan.
SALAH | BETUL |
Tilam itu dibuat dari getah asli. Juliana lebih tinggi dari Nur Asma. | Tilam itu dibuat daripada getah asli. Juliana lebih tinggi daripada Nur Asma. |
Akan: kata sendi nama ‘akan’ digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang mengatakan perasaan seperti sedih , kasih, benci, sayang, takut, dan sebagainya. Kata sendi ‘akan’ tidak boleh disingkatkan menjadi ‘-kan’ dan digabungkan dengan kata adjektif.
SALAH | BETUL |
Saya sayangkan keluarga saya. Saya takutkan hantu. | Saya sayang akan keluarga saya. Saya takut akanhantu. |
Di: kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan tempat atau arah dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
SALAH | BETUL |
Diangkasa Disana dilaut | Di angkasa Di sana Di laut |
Kata sendi nama ‘di’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.
SALAH | BETUL |
Di abad ke-20 Di zaman ini | Pada abad ke-20 Pada zaman ini |
Kata Pemeri
~Kata Pemeri~
- Kata pemeri ialah kata yang bertugas memberi hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
- Kata pemeri juga tergolong dalam kata tugas dan ia juga bersifat “opsyenal”.
- Kata pemeri terbahagi kepada dua iaitu “ialah” dan “adalah”.
- Kata pemeri tidak boleh hadir bersama kata nafi kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif serta di hadapan frasa atau kata kerja.
- Kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
- Ayat yang ditulis menggunakan kata pemeri , masih dianggap betul walaupun kata pemeri digugurkan.
Kata Pemeri “ialah”
- Kata pemeri “ialah” berfungsi membuat takrifan.
- Boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan.
- Digunakan untuk menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang.
- Ini bertujuan untuk menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, konsep dan sebagainya.
Kata Pemeri “adalah”
ü Kata pemeri “adalah” digunakan huraian atau penjelasan mengenai subjek.
ü Boleh diikuti oleh kata sendi nama (seperti, untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya) dan kata adjektif.
ü Menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraianya.
~Kesilapan penggunaan kata pemeri~
“Adalah” di tempat “ialah”
SALAH | BETUL |
Matlamat Hafiz adalah membangunkan masyarakat luar bandar. Pak Mail adalah orang yang kedua meneroka kawasan itu. | Matlamat Hafiz ialah membangunkan masyarakat luar bandar. Pak Mail ialah orang yang kedua meneroka kawasan itu. |
“Ialah” di tempat “adalah”
SALAH | BETUL |
Kursus ini ialah khas untuk kaum belia. Persembahan itu ialah yang paling sensasi. | Kursus ini adalah khas untuk kaum belia. Persembahan itu adalah yang paling sensasi. |
“Adalah” di hadapan kata kerja
SALAH | BETUL |
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah. | Usaha yang dijalankan ialah menerbitkan risalah berbentuk ilmiah. |
“Adalah” pada awal ayat
SALAH | BETUL |
Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan. Adalah dengan ini disytiharkan bahawa esok raya. | Dengan ini dimaklumkan bahawa perjumpaan Persatuan pengguna dibatalkan. Dengan ini disytiharkan bahawa esok raya. |
“Adalah” dan kata kerja
SALAH | BETUL |
Para pelajar adalah dipelawa memohon biasiswa negeri. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. | Para pelajar dipelawa memohon biasiswa negeri. Keputusan ini diambil berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)