-->
Bahasa Melayu Tahun 4

Pages

  • Home
  • Sukatan Pelajaran
  • RPH
  • Video
  • Soalan Pemahaman
  • Tatabahasa
  • Puisi
  • Penulisan 012
  • Peribahasa
  • Macroteaching
  • Petua
Assalamualaikum..Selamat Datang Ke Blog Saya...Diharap Blog Ini Menjadi Tempat Kita Berkongsi Ilmu

Followers

Petua

KHASIAT AIR KOSONG
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
§  Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
§  Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
§  Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
§  Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
§  Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
§  Tekanan darah tinggi – 30 hari
§  Gastrik – 10 hari
§  Diabetes – 30 hari
§  Sembelit – 10 hari
§  Kanser – 180 hari
§  Tibi – 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
Cara Minum Mengikut Rasulullah S.A.W
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Khasiat Air Liur Basi
§  Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
§   Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.
§       Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
§  Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.
§        Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.
§        Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.
Wallahu’alam…

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Cikgu Ros

Cikgu Ros

Profil

Nama: Rosmawati binti Mohamad Yusof.
Bertugas di SK Sri Kerian sebagai GPM.
Mendapat latihan asas perguruan di IPSI.
Pernah mengajar di Sk. LKTP, Jengka 18,
Sk. Kuala Kurau, dan SK. Tanah Kebun.
Pergi ke kedai naik beca,
Beca dinaik bersama tamu,
Rajin-rajin adik membaca,
Membaca baik menambah ilmu.

Pagi – pagi mendengar cerita,
Cerita dari cikgu Rohaya,
Hidup kita punya cita-cita,
Untuk berjasa dan berjaya.


Arkib

  • ▼  2012 (18)
    • ▼  May (1)
      • Microteaching
    • ►  April (7)
    • ►  March (10)

My Blog List

  • Sekolah Kebangsaan Sri Kerian
  • TIKA PENA MENARI
    ABM
  • Blog Cikgu Azian
  • CHEKGU CHEKGI.COM
    Terima Kasih cikgu
  • Bahasa Melayu Tahun 4
    Microteaching
  • BICARA GURU
    Video PnP BM
  • cahayamataku
  • JOM KITA BELAJAR
    KEMAHIRAN MEMBACA
  • SRI KERIAN.COM
    PROGRAM GILAP GEMILANG
  • JEJAK BAHASA
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

LOGO UPSI

LOGO UPSI

SK Sri Kerian

SK Sri Kerian

Anda Pelawat Yang Ke...


Hit Counter











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger.